Ibu saya bernama Nur Mahaya bte. Omar Mayah. Beliau adalah seorang ibu yang bertanggungjawab. Umur beliau kini, erm, brape yek? 2010 - 1959, korg kira laa sendri. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam hidup beliau. Oleh itu beliau mempunyai kategori khusus bagi remaja. Menurutnya, remaja terbahagi kepada dua iaitu remaja baik dengar cakap mak pak dan remaja liar hisap gam mat rempit.
Beliau sedaya upaya menjadikan saya seorang anak yang soleh, tetapi walaupon usaha beliau sangat hebat, sifat pemalas saya lagi hebat.
Berikut adalah hari normal saya di rumah.
9.00 a.m.
Mama: Ish, abang, tengok laa anak abang ni x bangun2 lagi!
Bapak: Hai, pukui 9 x menguek lgai nih!
Aku: (Buat bodo jea tido walaupon adik aku bangun kelam kabut)
9.05 am
Ibuku mula buat room inspection. Mata beliau mempunyai sensor yang mampu mengesan segala perlakuan yang dianggap perlakuan budak2 mat rempit.
Mama: Ya Allah, tengok la bilik ni! Macam sarang taik pit! Baju atas lantai, seluaq jerut atas meja, sejadah - masyaAllah, hangpa ni orang ka beruang? Kemas sekarang sebelum mama bertindak lebih aggresif. Xda inisiatif/jati diri langsung laa anak2 aku nih
Aku: (Buat bodo jea tido walaupon adik aku bangun kelam kabut)
11.00 am
Aku bangun, dan bukak broadband dan laptop. Main sampai ke petang.
2.00 pm
Aku menguap dan mencapai tuala untuk mandi. Dalam perjalanan keluar bilik, terserempak ngan adik aku.
Aku: Weyh, hang nak buat apa hari ni?
Qayyum: Aku x tau. Hang nak buat apa?
Aku: Jom pi aloq staq?
Mama: Hakim, nak mama tampar mulut ke?
Aku: Laa, apasai pulak nak tampaq2 niey?
Mama: Jangan dok buat cakap macam budak2 hisap gam tuh.
Aku: Laa, cek oghang kedah kan? Kena laa cakap kedah.
Mama: HAKIM!!!
4.00 pm
Main DotA sampai malam
Mama: Hai, rasanya kena limit dah guna laptop nih. Sampai xda peraturan dah dalam rumah ni.
Aku: Abih tu akim nak wat pa? Keluaq x bagi, dok rumah xley main,
Mama: Jangan dok tanya nakl buat apa. Satgi mama jawab akim marah
Aku: Mama, minat kita lain. Kalau x minat tapi buat, tu paksa namanya
Mama: Baca Quran tu beribadat, hakim. Xnak masuk syurga?
Nak cakap apa kan? Wat bodo je laa.
7.00 pm
Aku tgh tgk TV, citer best tahap gaban. Mak aku datang.
Mama: Tutup tv tuh. Dah maghrib
Aku: Apalaa mama niey. Maghrib kul 7.30 kn?
Mama: Kita kena hormat waktu maghrib
Aku: Ye laa, tapi kitaorg bkannya tenok citer khurafat ke, karok ke, national geographic lagi.
Mama: Hakim? jgn melawan sgt?
Aku: mmmm brbrbrbrbmmm
8.00 pm
Mama: Ya Allah, kau tunjuk la ckit kat anak2 aku nih. Sampai xdak jati diri langsung!
Aku: Hmph. Balik2 xdak jati diri. Kat sana kena kat cni pon kena.
Mama: Tu dia laa, org cakap sepatah dia balas seploh patah.
Aku: Ini tidak adil!
Mama: Eley, kat sana telefon balik umah rindu laa, sayang laa, balik gaduh je kerjanya. Ni laa nasib ibu tua yang malang niy
Aku: (diam jer sbb dia dah guna ultimate ayat dia)
11.00 pm
Mama: Hai, akim, tido. esok payah nak bangun.
Aku: OK. Jap lagi(sambil sambung tengok movie)
11.01 pm
Mama: Haakiiiiiimmm!!!
Aku: Yela yela, hisy.
And tomorrow starts all over again.
Walaupun begitu, tu laa sebab aku sayang mak aku. Walaupun dia kadang2 xbetol ckit dan overly religious xkena tempat, dy always nak yg terbaik utk kitaorg. At least, ape yg dy rasa baik laa.
That's why i hate her for so many things, but love her for one tiny thing. But love wins all the same.
No comments:
Post a Comment