Hari ini, kita akan membincangkan seni halus dan seni seni lain. x lah, aku melawak jer.
So hari ini adalah hari rabu. pagi tadi aku mengantuk sgt sampai x sedar bebudak ROTU bangun row call... selalunya aku akan dengar diorang panggil, row call, row call. master down ke hape tah. sesaper navy bley tolong letak ayat yg guna panggil row call tu kt comments yer?
tapi pagi tadi aku x dengar, lantas aku pon x baring sambil tersenyum melayan rasa selesa... sebabnya mp3 player yg baru beli semalam. dengar sampai kol 4 pagi. haha ye laa dulu waktu ROTU ari rabu pagi jer aku bangun kul 4.
org lain bangun kul 6. baru aku tahu. cis, patutla bilik air kosong jer. at least x berebut dan sempat tidur balik jap dalam uniform haha.
berbalik kepada ayat first tadi, hari ni rabu, esok khamis dan lusa jumaat... dan Pulau Banding. nightmare.
menjadi seorang pengambil skill rekreasi sangat memenatkan. walaupon aku x tahu kerja aku apa. well, kalau aku tahu, bolehla aku settlekan cepat ye tak? tapi aku x tahu, so aku tulis blog jer laa. ajk aktiviti. nasib baik ngan tasha, kalau x aku mmg lost.
she's a good worker, despite being a bitch when stressed.
so cny tahun ini aku bukan sahaja x merasa prosperity burger (xder member nak join), malahan x balik cuti kt umah baru... malahan perlu duduk kt pulau terpencil yang kat tengah tasik yang dipenuhi ikan toman sebesar tong dram yang mampu menggigit kaki aku waktu terkapai-kapai dlm air dan tarik aku ke dasar tasik temenggor dan makan aku bila aku da lemas... atau waktu aku belum lemas, makan ngan member.
damn! aku benci ikan besar.
so, stressed out dengan trip kali ni, wish i'm not going, tapi xkanla aku nak cakap camtu kt public kan? hilang la kejantanan aku kalau aku takut ngan makanan. ye laa, ikan toman orang makan kan?
malam ni nak mengemas bilik, baju terpaksa antar dobi gak sebab cuaca x baik + x sempat nak basuh (eley, tulis blog sempat pulak ko), karang pukul 10 nak pegi silat, sok pagi gi mines interview keja dan makan dan shopping utk trip (seriously, banyak gila duit PTPTN abis kt skill rec... harapnya dapat la kerja tuh).
boleh jer kalau nak call daddy cakap, bapak, duit da habis laa. ah bohong, aku x pernah mintak direct cam tuh. let's try that again.
Bapak: ... ha okeyla dah makan apa?
Aku : xder la ape pon, megi jer.
Bapak: aik? megi jer? apsal x makan kt kedai?
Aku : jimat duit laa bapak.
Bapak: duit banyak mana lagi?
Aku : ada laa rm40, tahan la seminggu ni...
Bapak: oh, camtu ke...
keesokkan paginya dapat laa mesej, "Bapak da masukkan rm150 dalam akaun. berjimat ye!"
memang boleh jer, sebab famili aku x pernah abaikan aku... tapi aku xnak bergantung sangat kat famili, sebab bapak aku dah retired, pastu adik aku plak baru nak masuk matrik tahun ni... so banyak la nak pakai duit.
pastu baru2 ni mak aku cakap nak pegi umrah bulan 4. da siap bayar semua. banyak laa pulak duit diorang. hoh.
tapi ada difference nya belanja duit sendiri daripada duit bapak aku. aku rasa... ntah la. x tau nak explain. cam aku bole survive sensorg jer. haha.
so panjang gila post ni, karang lambat plak nak upload.
weyhh...ak nk join club kutuk kolej kau yg bangang lg bodo tu leyh x???
ReplyDeleteak lg xpuas ati kne bayo rm50 smate2 nk meraikan senior ak yg sbnye nk back up wet utang kolej!!weyh dorg x pk ke???!!BODOH!!