Monday, May 9, 2011

Finals sudah habes!

Ahh, final exams... Mampu membuatkan beberapa orang gadis muda mati membunuh diri kerana stress. Anehnya, kerajaan masih belum mengharamkan lagi kegiatan exam final yang tidak bermoral ini. Oleh itu, jika anda mengundi saya sebagai YDP Agong, saya akan memastikan tiada lagi final exam untuk pelajar forestry! Ya, terima kasih atas saport anda.

So, seperti semester semester yang sebelumnya, aku keluar dari dewan peperiksaan dengan perasaan nak merompak lecturer dalam perjalanan pulang dan merampas semua kertas jawapan exam tadi. Atau paksa dia kasi full mark. Tapi moral aku menghalang aku dari berbuat demikian. Kenapa? Sebab aku budak baeekkk...

So, secara ringkas inilah final aku untuk sem ini:

1. Psikologi Sosial - Aku dengar org berbincang pasal psikologi waktu study group, makan chachos dan burger, pastu masuk dewan exam aku tambahkan adjektif dan kata ganti diri sebanyak mungkin ke dalam esei aku. Naseb xder word limit.

2. Kemahiran Rekreasi Luar - Sama seperti psikologi sosial, tapi masa yang terluang tu x la boring sangat pasal ada pakcik poyo nih pulun giler memastikan pelajar jujur pada ilmu... rilek rilek sudah! Aku jugak membaca minda encik john dan mengekstrak jawapan dari memori beliau... dan sedikit zaman kanak2 beliau terlihat.

3. Kaedah kuantitatif dalam perhutanan - Yang ni aku agak berwaspada sikit, pasal aku dah fail sem lepas, fail lagi sem ni memang lingkup masa depan aku. Aku lalu membawa pensel 2B secukupnya, dua biji dadu dan pendulum kristal quartz tulen. Paham paham je la camne aku jawab. X pakai kalkulator dan buku sifir yang diberi.

4. Pengurusan Hutan 1 - Naseb baik la open book, aku habiskan dalam setengah jam. Tu pun tulisan kontrol. Terkedu diri aku sendiri melihat segala jawapan begitu straightforward di dalam nota. Mengaum perutku menahan lapar ketika di dalam dewan peperiksaan. Merah telingaku menahan malu. Kecur air liurku membayabgkan juadah yang bakal dilantak seketika nanti.

5. Struktur dan Pengunaan Kayu - Yang ni aku actually baca nota, jadi agak mudah untuk aku jawab. Kenapa aku bersemangat baca nota? Pasal attendance x cukup... Jadi ada peluang, amek laa. Kenapa attendance x cukup? Pasal aku x nampak kenapa aku mesti duduk dalam kelas untuk dua jam dan dengar orang lain tolong bacakan apa yang aku boleh baca sendiri. Kenapa la sistem dia baeek sangat?

6. Tae kwon do - Sebenarnya aku x datang final dier, pasal aku xcident + balik kampung. So lecturer die murah hati bagi aku setengah markah untuk semua aspek. Agak vavi sebab teknik aku agak bagus. Buku log memang markah free, pasal aku x dapat. Dia bagi setengah. Attendance aku ponteng 2 kali satu semester... dapat setengah jugak. Markah keseluruhan 51%. Fak yoo.

Macam biasa, cuti yang mendatang akan digunakan untuk memikirkan alasan dan strategi berhadapan dengan kemarahan ibubapa yang berharapan tinggi. Juga untuk menaikkan motivasi supaya lebih berjaya di sem hadapan. Sayangnya habis charge pon motivasi tu masuk minggu second dah kong.

Kenapa laa aku buat semua nih...

No comments:

Post a Comment