Friday, August 19, 2011

Sajer

Jam sekarang pukul 10.30... aku sepatutnya da tido stengah jam yang lepas. Ye la, kalau tido x cukup, panas baran pulak pegi keje esok kn? Da berapa orang da lari tengok aku... Kata muka aku cam nak pukul orang. Patut la aku xder awek T_T

Lega rasanya surat berenti keje da siap taip, tinggal nak print dan hantar je... kena mintak tolon adik aku la, pasal aku x tau kat perlis nak print ktner. Yup, umah aku mmg xder printer sebab bapak aku cakap ia satu pelaburan yang merugikan. Aku setuju.

Aku sebenarnya tak suka keje kleaner, tapi ye la, aku x suka fizik tapi amik sains fizik waktu matriks dulu, aku x suka perhutanan tapi amik kourse tu kat universiti, aku x suka senyum tapi aku paksa gak... mungkin aku ni masochist agaknya. aaahhhhh~~!

Jadi aku akan berenti hari gaji, 28 ogos 2011. Sempat aku cabut sebelum raya ahaksss.. Xyah la cuci muntah orang di pagi raya :)

AKu masih xtau nak wat pe gaji tu nanti. Sebenarnya aku pon xtau kenapa aku nak keje part time in the first place. Duit x sengkek, hobi pon ada... entahla. Masochist.

At least aku dapat pelbagai skill baru dan tambah lagi database personaliti yang aku bole copy... Ahaks ahaks

Da aku nak tido!!!! Belon berenti keje lagi laaaaa hadoiiiyai. Lagi sembilan hari lagi. Stay strong, Badd! Dan pakcik tu kuat berak atas lantai... :'(

No comments:

Post a Comment