Monday, October 3, 2011

Minatss

Tatkala melihat kotak blog yang kosong laksana dua ekor angsa yang sedang mengunyah biji teratai yang lembut dan halus, hatiku gundah tidak terkira bagaikan matahari sendiri tetiba merasa malu dan menyorokkan dirinya di sebalik adiknya bulan...

Macam tulah bahasa yang digunakan dalam sastera klasik India, Kadambari. Aku pun x tahu kenapa aku baca benda tuh. Banyak lagi benda lain yang aku boleh baca. Contohnya nota ekonomi yang sama menarik dengan kuliah ekonomi itu sendiri. Tapi entahla, minat aku kot.

Bak kata kaunselor, pilihlah kerjaya berdasarkan minat anda. Minat aku? Budaya, seni mempertahankan diri ngan angker. Ha cik kaunselor, pilihlah kerjaya yang sesuai untuk saya yer... Agaknya sebab tu lah aku masih terumbang ambing di lautan tak bertepi, bagaikan tunggangan lord shiva sendiri... dah mula balik.

Tolonglah, umur aku dah 20 kot. Macam mana aku masih xder masa depan nih? Ada orang cakap, sebenarnya aku dah tahu apa yang aku nak, cuma aku x berani nak mencapai perkara tersebut lagi. Ye lah, mungkin betul apa yang dia cakap, tapi impian tuh macam terlalu besar untuk seseorang macam aku.

Apa impian tu? Well... aku nak tubuhkan satu fakulti baru di mana-mana universiti yang sudi, Faculty of Combative Arts. Dan ia akan menawarkan Diploma of Eastern Styles, Diploma of Western Styles, Diploma of Combat Philosophy dan Diploma of Combative Arts. Dan para graduan dari fakulti aku akan bekerja di... erm... tu nanti la aku pikir.

Mungkin satu hari nanti...

Tapi buat masa sekarang aku kena berpuas hati je lah dengan apa yang ada. (Eh, jap! Tu kan sikap small people!) Xkan la orang macam aku boleh bukak fakulti kan? Tapi kalaulah ada fakulti cam tu, memang perfek hidup aku. Xde la depressed sangat tiap tiap hari, bangun, forestry forestry rekreasi...

Aku x pernah bayangkan seumur hidup aku betapa bosannya rekreasi.

I mean, recreation is supposed to be fun, right? Tapi lepas belajar sikit tentang rekreasi, aku dengar perkataan rekreasi pon dah rasa mual mual katak.

Tu la, bapak ko suruh amek dokter dulu, ko x serius. Kan dah stuck kat sini? kataku lamenting nasib diri. Dah, aku nak pegi menyorok bawah selimut seraya menangis laksana butir-butir hujan di penghujung bulan April yang berguguran ke padang-padang hijau dan merah dengan bunga bunga ceri yang berkembang.

No comments:

Post a Comment