Sunday, September 25, 2011

Saya dan diri saya

Agak menyusahkan bila personaliti kita berubah dengan tak semena-mena. Dan agak menyusahkan apabila kita tahu 'bila' tidak boleh digunakan dalam ayat yang bukannya ayat pertanyaan tetapi kita menyedari perkara tersebut.

Contohnya, tadi, ketika aku menghadiri perjumpaan sebuah kelab, aku pun kebosanan setelah makanan habis. Lalu fikiran aku mula menerawang... Dan teringat banyak lagi masalah aku belum selesai rupanya. Masalah besar dan penting yang akan menyebabkan aku melanjutkan pelajaran (macam tak betul jer...) untuk beberapa semester lagi.

Tapi apabila sudah sedar, semuanya dah terlambat. Lagi satu jam, akan ditutuplah masa untuk pendaftaran kursus tanpa denda untuk semester ini... Apa ajalah yang aku buat semasa cuti dua hari yang lalu? Menonton filem di komputer riba, dan bermain telur? (bak kata ibuku)

Bagi pembaca tegar, mungkin anda sudah perasan dengan kelainan bahasa yang digunakan pada hari ini. Bahasa yang mencadangkan bahawa si penulis dahagakan tapak kasut. Tetapi, hal ini bukanlah sedemikian. Sebenarnya penulis sedang berlatih menulis dengan baik sebagai persediaan untuk penulisan artikel bagi tujuan yang penting. Tapi tidak perlulah dijelaskan dengan lebih lanjut.

Pada waktu-waktu lain, aku tidak peduli tentang semua ini. Itulah sebabnya, ketika personaliti berubah, tetibe jer aku ambil peduli. Tapi sayang seribu kali sayang, semuanya sudah terlambat.Dan kini, aku mengantuk dan perlukan tidur. Lain kali sahajalah aku menyambung warkah ini.

Sekian, wabillahitaufik wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


No comments:

Post a Comment