Friday, September 16, 2011

Boooooossaaaaannnn!!!

Yeaaaa! Bertemu lagi dalam rancangaannnnnn..... Komplen mengomplen! Bersama sayaaa, En. Barabara!

Ntah hape hape la aku ni. Kepala masih biol sebab tomyam daging tadi kot. Ye, inilah hari cuti pertama sejak datang semula ke UPM... Hari pertama dalam sem ini yang aku berpeluang untuk bangun pada pukul 2 petang dan xde sape akan kisah. (Oi, ko x pegi solat jumaat ke?) Abaikan.

Jadi, hari cuti ini aku manfaatkan sepenuhnya kat depan komputer riba aku yang tak jemu jemu menatap wajah bosan aku. Roommate aku pon balik rumah beliau, jadi memang hari ini aku habiskan depan laptop jer... Bosan kan hidup aku? Kalau la motor aku da sampai, boleh jugak pegi jenjalan...

Tapi masalahnyer moto aku x sampai lagi. Nama je poslaju, lembab tol. Haritu yok yok oh jer janji sampai dalam masa seminggu. Naik kematu dah kaki aku berjalan ke fakulti setiap hari. Nasib baik la kematu sikit jer, kalau banyak terpaksa aku melabur masa dan wang di spa. Ye la, kaki hot la katakan. Eh, meroyan pulak aku ni.

Bila cakap kaki hot, terpikir pulak nak wat mainan hot feet. Ala ala hot wheels gitu. Yep, sah meroyan. Sepatutnya aku makan nasi goreng je tadi.

Sekarang minda aku pulak dibebani dengan masalah nak buat apa esok. Dan lusa. Bukannya aku xder kerja, tapi pejabat semua kan tutup weekend. Jadi kerja aku tak berjalan jugak. Dan aku berehat dalam kegusaran. Mungkin esok aku akan belajar tai chi dari buku yang baru aku pinjam dari library tempoh hari.

Tapi sekarang, aku akan tido supaya aku bangun awal esok untuk.... uhhh bleaahhh~

1 comment: