Thursday, September 22, 2011

Semak perut!

Pagi jumaat yang indah... bangun pada pukul 8 pagi, dan minda aku dibebani oleh laporan latihan kerja praktik (LLKP) yang masih belum siap... Kalau nak cakap berapa persen siap, aku boleh cakap 5%. Yep, begitulah hendaknya.

Secara jujurnya, aku rasa proses pembelajaran ada cara untuk memastikan segala benda menjadi tak seronok. Contohnya rekreasi, dulu aku rasa rekreasi itu sangat seronok. Sekarang satu jam dalam kelas rekreasi aku dah teringin nak membunuh diri sendiri. Sangatlah bosan dan tidak menyelerakan.

Latihan industri pun mulanya seronok, pastu kena buat report pulak... I mean, buku log dah ada kan, xley ke korang baca sendiri? Haish...

Report bertambah bosan dan menjengkelkan dengan adanya komponen kemahiran insaniah... Dah malas la aku nak cakap pasal report. Daripada aku pikir pasal report, baek aku tulis blog. hahaha sangat x senonoh bakal graduan UPM ini...

Sebagai filler untuk post kali ini, mari bercakap mengenai... um... happy numbers! nombor yang gembira ialah apabila kuasa dua bagi setiap digitnya apabila dicampur akan lama kelamaan berjumlah satu.

Contoh: 368
3^2 + 6^2 + 8^2 = 9 + 36 + 64
109 = 1^2 + 0^2 + 9^2
82 = 8^2 + 2^2
68 = 6^2 + 8^2
100 = 1^2 + 0^2 + 0^2
=1 !!!! nombor ini adalah nombor gembira! n_n

sebaliknya, kalau x dapat 1, nombor itu digelar nombor tak gembira (unhappy number)

ya, masa aku untuk buat report dah habis buat kerja sia sia ni. Dah la kena hantar hari ni. Kau ni memang membazir oksigen orang lain je laa....

No comments:

Post a Comment